Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Wednesday, 27 February 2013

Tips Hawa Memilih Jodoh - Fatimah Syarha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..



Soalan : Adakah wanita perlu berusaha mencari jodoh?

Jawapan : Ya, wanita juga perlu  berusaha.


Tapi bagaimana caranya?

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah'' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat.Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serah kan 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.


3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.Jodoh anda  mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah (perantara) semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh.Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.


5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.



Denyut Kasih Medik
Promote!! hehe

"Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara MULIA atau cara HINA..pilihlah"

- Dr. Farhan Hadi, novel Denyut Kasih Medik -




FB POST :
Dari Facebook my senior, Abg Paan :)






Wednesday, 23 January 2013

Sollu ala Nabi

Sollu ala Nabi :

> selawatlah ke atas Nabi Muhammad saw..


Selawat (صلوات) :
( adalah jamak dari kalimat solat )

doa atau seruan kepada Allah SWT. 

> segi bahasa : mendoakan atau memohon berkat daripada Allah SWT dan melimpahkan rahmat Nya untuk nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera..



Assalamualaikum sahabat..
sebenarnya pagi tadi ana ada terbaca satu ayat ini kt twitter..ayat yg ditwit oleh abg Sham Kamikaze..bunyi dia cam ni :


Dengan izin Allah, bila baca jer twitt ni..tergerak hati ana untuk mencatat sedikit peringatan untuk diri ana di blog ni..Walaupun hanya beberapa perkataan yang ditulis oleh abg sham kita ..tetapi ianya amat bermakna untuk menegur hati ana yang lemah ni..bahawa ingatan dan sayang kita pada Nabi Muhammad tidak pernah dikhususkan masa mahupun tempatnya oleh Allah..dulu,kini dan selamanya..setiap masa dan waktu..di mana pun kita berada..apapun keadaan kita..Allah dan Rasul harus diletakkan teratas dalam hati kita.




Nabi pun tidak menyambut hari kelahirannya..tetapi baginda hanya bersyukur dengan berpuasa pada hari Isnin iaitu hari kelahiran beliau..sebagaimana satu hadith :


  • Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku”  
(Hadis riwayat Imam Muslim).

  • Dari Umar bin Al-Khattab bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ” Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji ‘Isa putera Maryam. Aku hanyalah hambaNya, maka katakanlah: ‘Abdullaah wa Rasuuluhu (hamba Allah dan RasulNya.)’ “ 
(HR. Bukhari, at-Termizi, Ahmad, ad-Darimi).




Tanda ingatan dan sayang kita pada Nabi boleh dizahirkan dengan pelbagai cara..antaranya 
  • bersalawat kepada baginda :

"اللهم صل على محمد وآل محمد"


  • mengamalkan segala sunnah2 baginda :



 Kelebihan Salawat :


  1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.

Hadith Fadhilat Selawat :


  • Nabi Muhammad SAW bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
  • “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
  • “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
  • “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”

MY TWIIT :)
HUHU..jom follow my twitter > here!