Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Thursday 29 August 2013

Bendung pengaruh Syiah di IPT

Taat perintah ALLAH, 
Ikut cara Nabi Muhammad SAW.


Syiah boleh dianggap agama baru dan fahaman yang menyeleweng yang bertentangan dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Syi’ah bukanlah mazhab baru sebagaimana yang didakwa, bahkan Syi’ah secara keseluruhannya adalah ajaran baru yang jauh daripada Islam dari sudut aqidah dan ibadah.
Ia mengaburi mata umat Islam dengan mengatakan mereka sebahagian daripada Islam melalui dua pendekatan utama iaitu “Taqiyyah” yang bermaksud berpura-pura dengan fahaman Syi’ah, dan yang kedua seruan cinta keluarga Rasulullah.
Kejahilan masyarakat tentang fahaman mereka dan kelemahan penguatkuasaan pihak berkuasa dijadikan peluang gerakan Syiah menyeludup masuk ke dalam masyarakat Malaysia terutama IPT.\
Syiah di IPT
Kewujudan fahaman Syi’ah di IPT boleh dibahagikan kepada dua. Golongan pertama dikenali sebagai Ahli Gerakan Syi’ah. Golongan ini bergerak dan berusaha keras untuk merekrut mahasiswa-mahasiswi di IPT. Ia dilakukan melalui usaha propaganda menyeleweng mereka melalui edaran risalah, laman sosial dan menyelinap masuk ke gerakan mahasiswa massa. Khalid Ismath merupakan satu contoh jelas mempunyai ciri-ciri golongan pertama yang menyesatkan ini.
Golongan kedua adalah golongan yang terpengaruh dengan fahaman Syi’ah berpunca dari kejahilan dan kurang pengetahuan berkenaan kesesatan Syi’ah. Golongan ini mudah terpengaruh kerana digembar-gemburkan dengan fitnah kononnya Syiah hanyalah salah satu mazhab dalam Islam. Semua pihak perlu jelas bahawa Syi’ah adalah ajaran sesat dan bukanlah sebahagian daripada Islam. Syi’ah menerusi ajaran dan kitab-kitabnya mengajar mencela sahabat Rasulullah SAW, menggalakaan perkahwinan “Mut’ah” ala-ala pelacuran, menyambut hari Karbala dengan mencederakan diri sendiri, dan adakah ini semua sebahagian daripada Islam?
Pendekatan dakwah kepada Mahasiswa
PEMBINA mengambil peranan untuk menyedarkan golongan mahasiswa agar sedar akan ancaman fahaman Syiah. Pendekatan dakwah dan penjelasan berserta dalil akan diteruskan melalui program Road Tour ke kampus-kampus. Mahasiswa didedahkan bahaya ancaman Syi’ah terhadap umat Islam sebagaimana bukti jelas jenayah kemanusiaan mereka terhadap umat Islam di Iraq, Iran dan Syria yang bertitik tolak dari kebencian mereka terhadap Islam. Sepanjang sejarah umat Islam, tidak pernah tercatat bahawa kewujudan Syi’ah memberikan kesejahteraan dan keamanan kepada negara dan umat Islam.
Bagi golongan pertama ini, PEMBINA menggesa gerakan mahasiswa Islam supaya segera  sedar akan bahaya ancaman mereka dan bangkit bersama PEMBINA membanteras kewujudan mereka sebelum ia berleluasa. Salahuddin Al-Ayyubi dalam perjuangannya membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis telah membersihkan terlebih dahulu saf tenteranya daripada Syi’ah bahkan membersihkan negara-negara umat Islam dari fahaman Syi’ah. Beliau telah berjaya menukar Universiti Al-Azhar di Mesir dari sebuah madrasah fahaman syi’ah kepada madrasah Ahli Sunnah melalui pengajian mazhab yang empat. Gerakan mahasiswa diseru agar mengambil langkah pencegahan awal dengan membanteras dan mencantas anasir Syi’ah parasit yang cuba menumpang populariti suara mahasiswa yang akhirnya akan membelakangkan kesucian perjuangan mahasiswa itu sendiri.
Menular masuk melalui Pensyarah
Sumber-sumber yang diterima oleh PEMBINA menyatakan fahaman Syi’ah menular masuk ke kebanyakan IPT melalui pensyarah-pensyarah, mahasiswa-mahasiswa dan para peniaga warganegara Iran yang kemudiannya menjalankan usaha dakyah mereka di IPT. Usaha ini dilihat memberikan inspirasi dari warga tempatan berfahaman Syi’ah yang sebelum ini menyembunyikan pegangan mereka untuk turut terlibat menjalankan dakyah mereka. Sebagai contoh dakyah mereka adalah risalah produk Air Mineral ECPI yang ditulis di dalam bahasa Melayu yang diedarkan di kebanyakan IPT.
Justeru itu, semua pihak perlu bersama memainkan peranan secara konstruktif dan menyeluruh untuk menangani gejala aqidah ini. Pihak pentadbiran IPT perlu peka terhadap kewujudan gerakan fahaman ini yang mensasarkan para pelajar mereka. Mahasiswa-mahasiswi yang menjadi mangsa pengaruh ajaran sesar mereka perlu disedarkan manakala tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana usaha menyebarkan ajaran Syi’ah di negara ini.
Oleh: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Sumber: Berita Harian  5 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment