Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Wednesday 27 February 2013

Tips Hawa Memilih Jodoh - Fatimah Syarha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..



Soalan : Adakah wanita perlu berusaha mencari jodoh?

Jawapan : Ya, wanita juga perlu  berusaha.


Tapi bagaimana caranya?

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah'' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat.Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serah kan 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.


3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.Jodoh anda  mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah (perantara) semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh.Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.


5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.



Denyut Kasih Medik
Promote!! hehe

"Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara MULIA atau cara HINA..pilihlah"

- Dr. Farhan Hadi, novel Denyut Kasih Medik -




FB POST :
Dari Facebook my senior, Abg Paan :)






0 comments:

Post a Comment