Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts
Wednesday, 27 February 2013

Tips Hawa Memilih Jodoh - Fatimah Syarha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..



Soalan : Adakah wanita perlu berusaha mencari jodoh?

Jawapan : Ya, wanita juga perlu  berusaha.


Tapi bagaimana caranya?

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah'' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat.Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serah kan 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.


3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.Jodoh anda  mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah (perantara) semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh.Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.


5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.



Denyut Kasih Medik
Promote!! hehe

"Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara MULIA atau cara HINA..pilihlah"

- Dr. Farhan Hadi, novel Denyut Kasih Medik -




FB POST :
Dari Facebook my senior, Abg Paan :)






Tuesday, 26 February 2013

SOLEHkah aku untuk memilih yang SOLEHAH ?


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..

Post ini bole divise versakan samada untuk sahabat muslimin atau muslimat..Moga bermanfaat, terutamanya untuk diri saya sendiri, yang masih banyak kekhilafannya..sama-sama kita perbaiki..
In sya ALLAH..



"SAYA MAHUKAN YANG TERBAIK"..itulah antara kata2 apabila kita bercerita tentang impian jodoh masing2..Memang tak dinafikan setiap manusia mahukan pendamping hidup yang terbaik untuk diri mereka.Sejahat manapun seseorang itu, pasti ada terdetik dalam hatinya mahukan seorang pendamping hidup yang dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga mereka.

Persoalannya..dalam keghairahan kita mencari yang SOLEHAH, adakah kita sudah menjadi yang SOLEH?..kita mahukan yang baik akhlaknya, adakah kita seorang yang baik akhlaknya?..fikir2 kan..kerana kita harus ingat bahawa janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud :


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

(Surah An Nur 24:26)



Bak kata Dr. Farhan Hadi : "Lebihkan diri kita untuk menjadi daripada mencari".Persiapkan pribadi kita dengan sifat yang soleh hanya kerana Allah swt dan bukan menjadi soleh kerana inginkan jodoh yang solehah.Dan muslim yang mensolehkan dirinya kerana Allah ini akan Allah sediakan untuknya pendamping yang solehah..tunggulah masanya..In sya ALLAH.

Apabila dah menyiapkan diri dengan ilmu dan keperluan agama..go to next step..proses memilih..Nabi pun ada memberi panduan bagi seorang muslim untuk memilih calon isterinya sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud :

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Antara keempat2 perkara yang disebut baginda dalam hadith tersebut..AGAMA perlulah diletakkan sebagai no.1 dalam pemilihan kita.Tidak rugi jika memilih pasangan berdasarkan agama.Kecantikan agama menjadikan kecantikan rupa, keturunan dan harta turut ikut bersamanya..In sya ALLAH..









TWEET :

Follow my Twitter.. Here !


Thursday, 10 January 2013

Ikhlas kerana Allah

Ikhlas kerana Allah
"hati yang ikhlas tidak terkesan bila dipuji atau dicai..
kerana hati itu tahu, pandangan Siapa perlu diutamakan..

IKHLAS adalah kunci utama penerimaan dalam segala amal ibadat kita..ikhlaslah hanya kerana Allah..bukan kerana manusia..reset you mindset..bahawa yang beri kita ganjaran pahala tu Allah bukan manusia..yang tentukan syurga kita nnti Allah bukan manusia..yang bagi kita nikmat hari2 tu pun Allah bukan manusia..bila kita buat kerana Allah dpt pahala n bole jdi bekalan kt akhirat nnti..tpi bile kita buat kerana manusia..mungkin dpt nama di dunia..tpi zero di akhirat..n ditambah lgi dgn kemurkaan Allah kerana mensyirikkanNya dlm beribadat..rugi serugi-ruginya..nauzubillah..

Ingat !!..yg menilai ibadat kita tu hanya Allah SWT..bukan manusia..

mereka juga sama2 hamba seperti kita dan bertuankan Tuan yg sama iaitu Allah SWT..sebagai hamba..taat hanya kepada Tuan(Allah)..bukan taat kpd sesame hamba(manusia)..Niat yang bukan keran Allah, pasti akan rugi dan meletakkan ibadah itu pada kehampaan...

Apabila sifat ikhlas kerana Allah diperoleh..automatik segala amal,doa,ibadah dan kebaikan kita akan terus diterima Allah..dan dapat juga bonus pahala kerana dapat bermujahadah untuk melupakan dunia dalam ibadat..keikhlasan juga akan mengangkat ibadah kita berada hampir dengan Allah SWT dan akan mudah diterima..in sya Allah


Ikhlas akan datang dari sesuatu yang Istiqamah..

so cara nk peroleh ikhlas ni adalah dengan berterusan dalam melakukan segala suruhan Allah dan berterusan dalam meninggalkan laranganNya..dan sifat ikhlas juga akan datang dari hati yang bersih..hati yg bersih menanam niat yg suci..


"Niat yang ikhlas berada dalam hati yang bersih dan soleh.Orang yang suka membersihkan hatinya akan bersih pula amalnya.Orang kotor hatinya akan mencemari ibadahnya." (HR. Imam Ahmad)

p/s : x lupa juga untuk ingtkan diri saya agar sentiasa ikhlas dalam mencoret blog..doakan la ye..hanya mendambakan redha dari Allah.. :)