Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Wednesday, 27 February 2013

Tips Hawa Memilih Jodoh - Fatimah Syarha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..



Soalan : Adakah wanita perlu berusaha mencari jodoh?

Jawapan : Ya, wanita juga perlu  berusaha.


Tapi bagaimana caranya?

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah'' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat.Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serah kan 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.


3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.Jodoh anda  mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah (perantara) semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh.Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.


5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.



Denyut Kasih Medik
Promote!! hehe

"Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara MULIA atau cara HINA..pilihlah"

- Dr. Farhan Hadi, novel Denyut Kasih Medik -




FB POST :
Dari Facebook my senior, Abg Paan :)






Tuesday, 26 February 2013

SOLEHkah aku untuk memilih yang SOLEHAH ?


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..

Post ini bole divise versakan samada untuk sahabat muslimin atau muslimat..Moga bermanfaat, terutamanya untuk diri saya sendiri, yang masih banyak kekhilafannya..sama-sama kita perbaiki..
In sya ALLAH..



"SAYA MAHUKAN YANG TERBAIK"..itulah antara kata2 apabila kita bercerita tentang impian jodoh masing2..Memang tak dinafikan setiap manusia mahukan pendamping hidup yang terbaik untuk diri mereka.Sejahat manapun seseorang itu, pasti ada terdetik dalam hatinya mahukan seorang pendamping hidup yang dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga mereka.

Persoalannya..dalam keghairahan kita mencari yang SOLEHAH, adakah kita sudah menjadi yang SOLEH?..kita mahukan yang baik akhlaknya, adakah kita seorang yang baik akhlaknya?..fikir2 kan..kerana kita harus ingat bahawa janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud :


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

(Surah An Nur 24:26)



Bak kata Dr. Farhan Hadi : "Lebihkan diri kita untuk menjadi daripada mencari".Persiapkan pribadi kita dengan sifat yang soleh hanya kerana Allah swt dan bukan menjadi soleh kerana inginkan jodoh yang solehah.Dan muslim yang mensolehkan dirinya kerana Allah ini akan Allah sediakan untuknya pendamping yang solehah..tunggulah masanya..In sya ALLAH.

Apabila dah menyiapkan diri dengan ilmu dan keperluan agama..go to next step..proses memilih..Nabi pun ada memberi panduan bagi seorang muslim untuk memilih calon isterinya sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud :

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Antara keempat2 perkara yang disebut baginda dalam hadith tersebut..AGAMA perlulah diletakkan sebagai no.1 dalam pemilihan kita.Tidak rugi jika memilih pasangan berdasarkan agama.Kecantikan agama menjadikan kecantikan rupa, keturunan dan harta turut ikut bersamanya..In sya ALLAH..









TWEET :

Follow my Twitter.. Here !


Friday, 11 January 2013

Cinta yang hadir sebelum masanya

Mahalkan cinta kita sebagai hadiah cinta suci untuk yg halal bagi kita nnti..

''Setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang BERDUSTA.. Tidak menjadi dirinya yang sebenar.."

Cinta sebelum masanya memang akan hadir kerana fitrah manusia memang ingin menyayangi dan disayangi..so tak hairanlah akan wujud rasa untuk mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia ni..fitrah ini harus diuruskan sebaiknya agar tidak dikuasai oleh hawa nafsu yg sentiasa menanti peluang utk mengheret kita ke lembah maksiat..mugkin kita sangka cinta kita mengikut syariat dan dapat keberkatan dari Allah..takut2 akhirnya hanya kemurkaan yang kita dapat...sebab Allah tak akan pelihara cinta yang tidak halal..adakah kuat dan kekal cinta tanpa peliharaan Allah?..nauzubillah..

Bercinta selepas nikah

Fitrah sebegini pasti akan ada dalam diri setiap insan terutamanya remaja...apakah tindakan kita untuk menghadapi cinta yang hadir sebelum masanya ni ?..atau dalam erti kata lain cinta yang hadir sebelum bernikah iaitu cinta dengan org yg tidak halal untuk kita..kita tak bole menyalahkan fitrah..sedangkan fitrah bole diurus dengan akal yg waras..bukan dengan nafsu..Adakah bila ianya suatu fitrah, bermakna kita bole melanggar syariat??..tidak!!..itu silap sama sekali..jadi bagaimana??..mungkin kita sedang atau akan hadapi sitausi sebegini..mari bermuzakarah...

BILA CINTA DATANG SEBELUM MASANYA...URUSKAN CINTAMU SEBAIKNYA :

  1. Letakkan cinta Allah & Rasul sebagai cinta teratas dalam carta hati kita
  2. Sebagai pelajar, cintakan ilmu dan perjuangan lebih utama daripada cintakan manusia. 
  3. Mengawal fitrah cinta ini dengan akal sebaiknya..
  4. Bermujahadah dengan hawa nafsu.
  5. Mahalkan cinta kita agar tidak digadaikan untuk cinta yang sia2 dan sementara.
  6. Luahkan cinta hanya kepada yang halal buat kita nanti.
  7. Berdoa pada Allah moga ditetapkan hati hanya untuk Nya.
Berhati-hati dengan cinta manusia..jangan kerananya kita sanggup mengenepikan cinta Allah dan Rasul...Bak kata ustaz Pahrol Juoi.."tiada kebahagian kepada cinta yang mengenepikan Tuhan"..biar kita tidak dilebel sebagai 'hot couple', sudah berpunya, 'in a relationship' di sekolah, universiti atau dalam kalangan rakan2..tak perlu bersedih..kerana kita tahu betapa 'HOT' nya neraka tu kann..huhuhu..

 "Ketika kita berbuat maksiat, kita lupa dengan akhirat. Hanya memanjakan nafsu syahwat. Sehingga kehidupan makin sesat.


photo credits Aisyah Shakirah

.

O Allah, I love You so



Forgive Me album


 Maher Zain - I Love You So
I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

CHORUS
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you

CHORUS