Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Tuesday 26 February 2013

SOLEHkah aku untuk memilih yang SOLEHAH ?


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..

Post ini bole divise versakan samada untuk sahabat muslimin atau muslimat..Moga bermanfaat, terutamanya untuk diri saya sendiri, yang masih banyak kekhilafannya..sama-sama kita perbaiki..
In sya ALLAH..



"SAYA MAHUKAN YANG TERBAIK"..itulah antara kata2 apabila kita bercerita tentang impian jodoh masing2..Memang tak dinafikan setiap manusia mahukan pendamping hidup yang terbaik untuk diri mereka.Sejahat manapun seseorang itu, pasti ada terdetik dalam hatinya mahukan seorang pendamping hidup yang dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga mereka.

Persoalannya..dalam keghairahan kita mencari yang SOLEHAH, adakah kita sudah menjadi yang SOLEH?..kita mahukan yang baik akhlaknya, adakah kita seorang yang baik akhlaknya?..fikir2 kan..kerana kita harus ingat bahawa janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud :


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

(Surah An Nur 24:26)



Bak kata Dr. Farhan Hadi : "Lebihkan diri kita untuk menjadi daripada mencari".Persiapkan pribadi kita dengan sifat yang soleh hanya kerana Allah swt dan bukan menjadi soleh kerana inginkan jodoh yang solehah.Dan muslim yang mensolehkan dirinya kerana Allah ini akan Allah sediakan untuknya pendamping yang solehah..tunggulah masanya..In sya ALLAH.

Apabila dah menyiapkan diri dengan ilmu dan keperluan agama..go to next step..proses memilih..Nabi pun ada memberi panduan bagi seorang muslim untuk memilih calon isterinya sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud :

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Antara keempat2 perkara yang disebut baginda dalam hadith tersebut..AGAMA perlulah diletakkan sebagai no.1 dalam pemilihan kita.Tidak rugi jika memilih pasangan berdasarkan agama.Kecantikan agama menjadikan kecantikan rupa, keturunan dan harta turut ikut bersamanya..In sya ALLAH..









TWEET :

Follow my Twitter.. Here !


0 comments:

Post a Comment